Diet Mate 5 Online Store
Ermi Network

Jus Diet Mate 5 Blog

by Ermi on 2010/02/01

Jus Diet Mate 5 Blog – 7 Sebab Utama Kenapa Anda Harus Mempunyai Blog

Jus Diet Mate 5 BlogSebagai pengedar Jus Mate 5 Herba Prima, kami di Ermi Network menyarankan agar anda membina satu blog yang berkaitan dengan produk anda; contohnya Jus Diet Mate 5. Andainya anda menjalankan perniagaan Jus Diet Mate anda secara online dan anda menganggap perniagaan online adalah satu perniagaan yang serius, anda HARUS mempunyai blog.

Mengapa? Di bawah ini adalah 5 sebab utama mengapa anda harus mempunyai blog seperti kami >> Jus Diet Mate 5 Blog

1. Menarik Pelanggan

Semua jenis perniagaan memerlukan ‘trafik’. Jika anda mempunyai kedai konvensional, anda memerlukan seramai mungkin pelanggan datang ke kedai anda dan mengharap mereka membeli barangan yang anda jual. Begitu juga dengan perniagaan internet, anda memerlukan ‘trafik’. Di internet, cara mudah dan berkesan mendapatkan trafik adalah dengan menggunakan blog. Enjin carian sangat menyukai blog. Anda boleh taip apa saja keyword di Yahoo atau Google, pasti muka pertama akan dipenuhi dengan blog.

2. Agen Pemasaran Serta Berinteraksi Dengan Pelanggan

Dengan blog, anda dapat memasarkan produk anda, memberitahu kepada seluruh dunia tentang kewujudan bisnes anda. Blog juga adalah satu cara untuk membuat pelanggan yakin dan mengenali anda. Pengguna internet semakin bijak malah mereka akan membuat research sebelum membeli sesuatu, jadi..blog lah yang akan membantu pengguna berinteraksi dengan pembeli sebelum membeli dan jika anda mempunyai blog yang menarik serta dipercayai, mereka akan kembali lagi dan menjadi pengunjung setia blog anda.

3. Memenangi Hati Pengguna/Pembeli

Kebanyakan dari kita akan hanya fokus untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat dengan mengeluarkan modal yang banyak tetapi jika apa yang anda harapkan tidak menjadi, modal dan usaha anda akan sia-sia.

Dengan blog,anda boleh memenangi hati pengunjung anda melaui kepercayaan. Mungkin bukan hari ini, tetapi dengan blog anda dan kejujuran anda boleh membuat mereka berfikir lebih lama dan memenangi hati mereka pada masa akan datang.

4. Menjawab Soalan & Pertanyaan

Jika anda menjalankan perniagaan, customer servis adalah antara aspek yang sangat penting. Dengan blog, pengunjung boleh bertanyakan soalan tentang kemusykilan mereka.

Disini, anda boleh mengambil hati mereka. Tanya diri anda mengapa orang kita suka makan di kedai mamak? Kerana customer servis mereka sangat bagus, belum order air dah ada depan mata :)

5.Menjalinkan Ikatan

Seperti yang telah dimaklumkan tadi, kepercayaan memainkan peranan yang penting. Dengan blog, anda dapat membina ikatan dengan membuatkan pengunjung percaya dengan anda. Jika anda ada faktor ini, pengunjung ini akan bertukar menjadi pembeli,pengedar,pengunjung setia anda.

6. Membina Komuniti

Melalui kepercayaan,soal jawab,perbincangan dan kejujuran, anda dapat membina satu komuniti yang bukan sahaja secara online malah anda boleh meneruskannya secara offline dengan berjumpa, berkonvoi dan sebagainya.

7. Branding

Faktor paling hebat jika anda mempunyai blog yang menarik hati pengunjung, blog anda atau diri anda akan menjadi satu brand. ‘Branding’ adalah satu perkara yang sangat sukar tetapi jika anda dapat membina keyakinan pengunjung, membuat mereka percaya dengan anda, tidak mustahil anda akan menjadi satu brand ikutan.

Cara ini sangat bagus kerana, bila seseorang mempercayai, menyukai anda, pengunjung setia anda akan memberitahu rakan-rakan, saudara mara serta kenalan mereka tentang anda dan blog anda akan menjadi satu komuniti yang lebih besar.

Apa yang kami tulis diatas hanya bebrapa sebab mengapa anda harus mempunyai blog. Sudah tentu anda boleh mencari berpuluh atau beratus sebab lain. So, jangan tunggu lagi, bertindaklah!

Jika anda mahukan satu blog yang cantik dan menarik seperti blog Ermi Network, anda boleh menghubungi kami. Kami menawarkan harga yang sangat berpatutan. KLIK SINI UNTUK MENGHUBUNGI KAMI

Perfume, Make up, Pouch, Handbags MURAH!

{ 14 comments… read them below or add one }

1 Hamidi 2010/02/01 at 9:14 pm

Memang cantik blog ni,kemas,bersih dan tak serabut.

Saya bercadang nak jadi pengedar, rasa-rasanya memang nak daftar dengan Ermi Network. Boleh tak kalau disediakan sekali blog macam ni untuk ahli yang bernaung dibawah Ermi Network memandangkan saya tak berapa pandai nak buat blog macam ni.

Reply

2 Ermi 2010/02/01 at 10:05 pm

Salam Encik Hamidi,

Minta maaf banyak2 Encik Hamidi. Kami tak mampu nak setup blog untuk semua ahli kami. Kalau ada 1000 ahli maka kami terpaksa menyediakan 1000 blog. Setup blog memerlukan masa yang banyak dengan design dan grafik yang cantik dan menarik.

Walau bagaimanapun, kami boleh membuat blog ini sebagai blog komuniti Ermi Network dimana setiap ahli boleh mendaftar di blog Ermi Network, masukkan profil serta gambar dan setiap ahli boleh membuat atau menyumbangkan artikel masing-masing tetapi tetap perlu dipantau oleh kami sebagai admin kerana kami perlu menulis dengan menggunakan keyword tertentu bagi meletakkan blog ini di tempat tertinggi dienjin carian.

Satu option lagi adalah, kami akan membuat satu tutorial bagaimana untuk setup blog dari scratch bagi membantu mereka yang tiada kemahiran, itupun jika terdapat permintaan yang tinggi.

Sila beri pandangan dan cadangan. Kami di Ermi Network mahu anda gembira menyertai kami. Semua cadangan akan diteliti sebaik mungkin.

Reply

3 Puteri Santubong 2010/02/01 at 9:19 pm

Saya tinggal disarawak, kalau nak jadi ahli macam mana? Ada tak ahli disarawak?

Reply

4 Ermi 2010/02/01 at 10:08 pm

Hi Puteri Santubong,

Terima kasih kerana sudi komen di blog Ermi Network.

Lokasi x menjadi masalah, dengan internet, kita boleh berhubung walau dimana kita berada.

Kami belum mempunyai ahli dari sarawak. Konsep kami adalah, satu pengedar bagi setiap daerah. Ahli yang kemudian pula , akan diletakkan dibawah pengedar terdahulu..contohnya jika anda di Kuching, jika nada menyertai kami, jika terdapat ahli baru dari kuching selepas ni, ahli itu akan diletakkan dibawah anda.

Reply

5 Narendran 2010/02/01 at 9:40 pm

I read about this jus mate thing in the newspaper. I am interested to become a dealer since i dont see any indians promoting this thing.

May I know your location? What is the benefit of joining you compare to other groups?

Reply

6 Ermi 2010/02/01 at 10:12 pm

Mr Narendran,

Thanks for commenting. I think you’re right, there’s not much indians promoting Jus Mate. We are in Ampang, Selangor.

Answer for your last question, CLICK HERE

Sorry, it’s in bahasa..

Reply

7 JusMate 2010/02/02 at 9:12 am

Salam Ermi Network, saya dah jadi pengedar jus mate tapi takda website. Kalau saya nak website macam untuk pengedar ermi network, boleh tak?

Reply

8 Ermi 2010/02/02 at 10:12 am

Website pengedar Ermi Network khas untuk ahli Ermi Network tetapi kami boleh beri website yang sama kepada rakan2 pengedar jus mate lain dengan bayaran yang amat berpatutan.

Sila gunakan contact form kami untuk membuat tempahan.

Reply

9 ray ban store 2010/02/04 at 9:31 am

I enjoyed the article and thanks in consider to posting such valuable tidings as a substitute as regards of all of us to nowadays, I evolve it both of let something be known and communicative and I severe sketch to flick through it as from as I can.

Reply

10 sha 2010/04/01 at 9:20 am

sy amat berminat nk join group nie..masalah nyer sy x pernah nk buat business online. soalan sy is can this network help me out?

Reply

11 Ermi 2010/04/02 at 4:34 pm

Sha, check your email..

Reply

12 sha 2010/04/03 at 12:16 am

sy dh check…x de apa2 pun

Reply

13 Ermi 2010/04/03 at 8:01 am

Eh..u dah check spam? Ok takpe, nanti I email balik k.

Sorry Sha

Reply

14 Siti Salmiah 2010/06/21 at 3:26 pm

Salam Sejahtera , Saya hendak menjadi pengedar/mempromosi Jus Mate 5 ni tapi saya tak tahu langsung tentang promosi menggunakan internet , lebih lagi saya tak ada duit yang banyak untuk mengiklankan website Jus Mate 5 , adakah saya akan di ajar cara2 untuk itu ?

Reply